hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

KJ Sambut Baik Tindakan Sultan Johor Dan Datuk Seri Vida Taja Johor Dan Kelantan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menaja pasukan bola sepak Johor dan Kelantan sebagai satu perkembangan positif dalam sukan itu.

KJ Sambut Baik Tindakan Sultan Johor Dan Datuk Seri Vida Taja Johor Dan Kelantan

"Saya kagum dengan Sultan Johor sebab sayangkan negeri, tapi bagi tindakan Dr Vida yang dibuat atas dasar keputusan perniagaan, saya lihat ini satu tindakan berani yang saya anggap bawa impak positif untuk sukan.

"Saya ucap terima kasih kepada beliau (Dr Vida) kerana percaya kepada sukan tempatan. Sebelum ini kita lihat banyak penajaan dibuat untuk liga antarabangsa," katanya.

Pujian Khairy itu dibuat selepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendapat suntikan dana berjumlah RM50 juta daripada Sultan Johor, manakala The Red Warriors (TRW) pula memperolehi tajaan sebanyak RM16 juta daripada Qu Puteh.

KJ Sambut Baik Tindakan Sultan Johor Dan Datuk Seri Vida Taja Johor Dan Kelantan

"Saya harap selepas ini lebih ramai syarikat berlumba-lumba mengejar penajaan kepada pasukan bola sepak tempatan dan sukan- sukan lain.

"Saya tahu bola sepak mampu membawa pulangan besar kerana sukan mempunyai ramai penyokong. Bagus...bagus sekarang (syarikat tempatan) ada nampak peluang untuk liga tempatan," kata Khairy lagi yang mahu lebih banyak lagi syarikat tempatan mengambil peluang dalam penajaan ini.

About ohjobsmalaysia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top