hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

Pasangan Kekasih Ditahan Tanam Bayi Baru Dilahirkan
Pasangan Kekasih Ditahan Tanam Bayi Baru Dilahirkan - Gambar Hiasan
ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan kritikal dipercayai akibat pendarahan dalam kepala selepas didakwa diabaikan  pengasuhnya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Jitra.

Bapanya Ashraf Abdullah berkata Alfateh dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang semalam dan keadaannya masih kritikal.

Katanya beliau menerima panggilan daripada pihak taska itu pada 12.11 tengah hari semalam yang memaklumkan anak lelakinya demam.

Ashraf, 35, yang juga pensyarah di sebuah universiti awam di Perlis, kemudian ke taska itu dan mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah serta mempunyai kesan lebam pada dagu kiri dan kepala.

"Ketika mendapat rawatan di sebuah pusat rawatan kanak-kanak di Jitra, anak saya mengalami sawan dan keadaannya sangat kritikal. Saya diminta pakar perubatan pusat rawatan itu supaya menghantar anak saya ke HSB bagi mendapat rawatan lanjut kerana dipercayai mengalami Tiga ditahan termasuk seorang wanita dan teman lelakinya dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam bayi mereka yang telah meninggal dunia selepas baru dilahirkan, di sebuah kawasan rumah di Dangi, Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 23 dan 25 tahun ditahan petang tadi selepas polis menemui jasad bayi berkenaan di dalam sebuah lubang di kawasan rumah itu.

"Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 25 tahun itu melahirkan bayi tersebut pada Ahad lepas di sebuah rumah di Nilai. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.

"Teman lelaki wanita berkenaan (ibu bayi) bersama-sama adiknya (adik teman lelaki) kemudian membungkus mayat bayi itu dalam kain dan menanamnya di kawasan semak di tepi rumah di Dangi, Kuala Pilah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya pada 6 petang tadi, pasukan forensik disaksikan suspek, mengorek lubang yang dikatakan lokasi bayi tersebut ditanam dan menemui satu bungkusan kain dan di dalamnya terdapat jasad bayi dalam keadaan cukup sifat tetapi telah kecut.
Zaldino berkata wanita itu dan jasad bayi berkenaan akan dibawa ke hospital Seremban untuk siasatan lanjut.dalam kepala," katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.

Ashraf berkata beliau amat kecewa dengan pengabaian pihak taska itu dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pusat asuhan itu, yang berdaftar dengan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM).

"Saya tidak mahu anak orang lain menjadi mangsa disebabkan pengabaian pengasuh taska itu," katanya sambil mendakwa taska itu tidak mengikut prosedur operasi standard dalam mengasuh bayinya.

Menurutnya walaupun tinggal di Changlun, beliau menempatkan bayinya di taska itu kerana ia berdekatan dengan tempat kerja isterinya Siti Marlini Md Ghuzali, 34, yang bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan di sebuah sekolah di Jitra.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati taska tersebut mempunyai tiga pengasuh dan seorang daripadanya ditugaskan menjaga tiga orang bayi termasuk Alfateh.

"Kita akan tahan pengasuh itu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pegawai JKM Daerah Kubang Pasu Mohd Fadhuli Wahab berkata pihaknya telah bertemu dengan waris bayi itu di HSB bagi melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

"Setakat ini, kita masih menunggu laporan dan siasatan Polis untuk tindakan lanjut. Kita juga akan menghantar kaunselor untuk bertemu dengan ibu bapa bayi tersebut dan pengasuh yang terlibat akan diberi kaunseling," katanya dalam kenyataan hari ini.

About Jobs Malaysia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top