Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain, Isteri Lima Bulan Digantung Tidak Bertali Sebelum Sedar Bahawa Dirinya....

Saya selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat kita semua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga ada teladan dan sempadan di sana.

Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain, Isteri Lima Bulan Digantung Tidak Bertali Sebelum Sedar Bahawa Dirinya

Saya kahwin umur 22, kira awal la juga, selepas saya frust sebab tak dapat sambung belajar. Saya student cemerlang..tapi masalah keluarga buat saya terkapai-kapai. Saya mula bekerja umur 18 tahun iaitu selepas SPM..menyara hidup sndiri.

Awal perkahwinan memang happy, walaupun selalu tergigit lidah. Tapi hanya bertahan tiga tahun.. selama itu bermacam-macam dugaan..suami saya dilamar oleh sorang student yang merupakan andartu.. waktu itu ekonomi kami sangat kritikal..saya tidak kerja..anak dah 2 orang..

Suami pula baru start keja..so saya cakap elok-elok dengn pompuan itu, jangan ganggu..tapi saya dimarah-marah dan suami pula membela dia. Pedih!!..

Masalah itu selesai setelah saya adukan kepada mak perempuan itu dan kami teruskan hidup seperti biasa..walaupun hati saya dah retak. Saya maafkan..

Kehidupan kami sempit..suami memang nak saya merasa susah dulu katanya..kadang-kadang tempat saya tidak ada air saya sendiri akan naik turun bukit angkat air untuk mandi, membasuh masak dan lain-lain.

Saya terima semua ini sebab saya isteri, saya nak syurga, saya pernah cakap kepada suami supaya kami sama-sama ubah kehidupan, saya nak rasa apa yang orang lain rasa walaupun tidak hidup mewah.

Tapi suami akan marah, katanya saya tidak sabar, jadi saya diamkan diri dan redha sebab saya tidak suka dia marah. Selalu keperluan rumah tidak cukup hingga anak saya dah pun masuk 3 orang, saya masih gunakan lampin kain.

Pernah mesin basuh rosak, jadi lampin itu saya akan basuh cepat-cepat dan jemur sekejap, lepas tu saya akan strika dan guna semula kerana kain lampin tidak banyak,.

Saya tetap gembira selagi suami masih menyayangi saya, saya pernah cakap pada dia, saya terima semua kekurangan asalkan dia hargai kasih sayang saya, sama-sama setia mengharungi suka duka.

Untuk membeli keperluan tidak cukup, saya mulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah, tapi duit tidak pernah simpan sebab dia nak guna, kalau dapat dapat RM30 saya bagi dia RM25, RM5 saya simpan untuk beli apa yang patut.

'Ribut' datang lagi bila anak dah masuk empat orang, waktu itu saya tumpah darah, saya sudah mengigil-gigl lemah tapi dia 'relax' sahaja.

Saya minta dia hantar ke klinik, semasa nak masuk klinik dia langsung tidak pimpin tangan saya sedangkan saya rasa macam nak mati. Rupa-rupanya dia tengah tergilakan seorang perempuan muda yang baru habis sekolah.

Dia sanggup tinggal saya sakit di rumah dengan anak-anak kecil kerana hantarkan perempuan itu balik kampung, hanya tuhan yang tahu hati saya merintih bersendirian.

Akhirnya satu hari ketika saya menyusukan anak saya yang merupakan seorang OKU berumur setahun, dia bagitahu yang dia nak kahwin dengan perempuan tiu, katanya dia nak saya terima, tidak boleh banah kerana emak dan ayah perempuan itu dah mengharap.

Allahurabbi.. saya sudah tidak mampu bercerita, keorang semua faham-faham sendiri.

Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain

Saya terima walaupun airmata saya sudah kering, saya tidak mampun mengadu kepada sesiapa, emak saya pun tengah sakit, saya telah sendirian tanpa kawan-kawan, tanpa siapa-siapa, saya gagahkan diri menguruskan anak-anak kecil yang nakal, dia tak bagi saya keluar rumah kerana tidak mahu saya mengadu kepada sesiapa.

Bermulalah dunia gelap saya..selalu ditinggalkan tanpa nafkah, kadang-kadang tiada lauk di rumah. Dia kononnya hendak berlaku adil tetapi menipu sahaja, Bila saya minta lebihkan perhatian kat anak-anak, dikatanya saya mengada-ngada dan saya kena mengalah sebab saya yang tua.

Saya banyak menangis, tidak tahu apa yang harus saya buat, 2 tahun saya merana, makan hati, saya dah macam bangkai bernyawa hingga akhirnya saya jatuh sakit yang teruk.

Satu hari, seorang sahabat saya kata, "kau takkan mempu ubah hati manusia, tapi kau mampu untuk ubah nasib sendiri,bangunlah!!, kau bodoh kalau terus macam ni,"

Saya tersentak, saya terus tersedar, memang saya bodoh, buat diri sendiri tersiksa.

Sejak hari itu, saya kuatkan semangat, saya cari ekrja, Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai pembantu kedai, saya uruskan anak-anak sendirian. Saya amat berterima kasih kepada jiran yang amat memahami, sudi emnjaga anak saya tanpa upah, ALlah dah atur segalanya.

Lima tahun berlalu, saya failkan perceraian kerana sudah berapa lama dia tidak bagi saya nafkah, rumah sewa pun saya yang bayar dan hampir setahun tidak bagi nafkah batin.

Tengok saya pun dia dah malas, dia memang tak nak lepaskan saya, dia nak gantung tidak bertali.

Alhamsulillah, saya minta tolong sahabat saya untuk guna khidmad peguam swasta dan kes berjalan dengan lacncar, Tapi saya langsung tidak dapat harta, nafkah, edah dan mutah daripada suami. Tetapi saya bersyukur dapat semua anak-anak.

Saya mulakn hidup abru sebagai janda, saya berdiri demi anak-anak, segalanya saya uruskan sendiri. Allah berikan saya rezeki yang luas, saya mampun untuk berniaga sendiri. Saya jaga anak-anak saya, didik mereka elok-elok. Tiada yang lebih membahagiakan selain anak-anak solehah.

Sejuk hati saya bila anak seawal umur 9 tahun sudah boleh mengimamkan solat dengan bacaan surah al fatihah dan surah lain dengan lancar.

Merekalah harta ayan dunia dan akhirat, saya tidak suka bersosial, keluar dengan kawan-kawan, lepak-lepak, karaoke lagilah tidak pernah, sebab saya nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Alhamdulillah, sampai sekrang dah ada anak saya menjangkau umur remaja, anak-anak saya tidak pernah buat masalah, tidak pernah couple macam budak-budak lain dan turut cemerlang di sekolah.

Itulah kebahagiaan saya dan redup hati ini bila tiap-tiap tahun anak-anak dapat anugerah pelajaran di sekolah. Syukur Ya Allah...

Sekrang ini dah 10 tahun saya single, ramai yang cuba berkawan...bujang, laki orang, duda..tapi saya tidak berkenan.

Saya pula jenis badan tidak gemuk, agak tinggi dan ramai yang kata seperti belum ada anak..maaf,, bukan saya nak bangga,tapi untuk mengingatkan yang fizikal kitam status kita bukan lesen untuk kita enjoy dengan lelaki.

MAruah perlu dijaga, agama letak dihadapan, dah banyak dan janda-janda yang merosakkan status mereka sendiri. - Ibu Tabah

Saya selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat kita semua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga...

Sweet! Emma Maembong dan Kamal Adli Tunggu Restu Kahwin Dari Ayah


Akhirnya hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kedua pasangan ini nampaknya begitu serius untuk mendirikan rumah tangga  namun hubungan tersebut haruslah terlebih dahulu mendapat restu dari bapa Emma Maembong sendiri ataupun lebih mesra dipanggil Ayoh. 

“Saya adalah antara anak yang paling rapat dengan ayoh. Mungkin dia melihat saya belum bersedia untuk berkeluarga. Ini kerana di matanya, saya masih lagi anak kecil” 
“Kamal faham situasi itu… Dia bersedia menanti restu dari ayoh. Jika diberikan restu, esok juga saya akan berkahwin. Saya yakin, ayoh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak perempuannya ini,”
gambar emma maembong

Emma Maembong dan Kamal Adli kelihatan serasi bersama dan ramai peminat mendoakan mereka cepat-cepat kahwin memandangkan tahun ini ramai selebriti popular menamatkan zaman bujang salah satunya 'Shaheizy Sam dan Syatilla Sah Bakal Kahwin 8 Februari'. Penulis mendoakan semoga ayah Emma Maembong akan cepat-cepat bagi restu dan dipermudahkan segala urusan dalam membina keluarga baru. Peminat pun tidak sabar-sabar menantikan berita gembira buat pasangan ini. 

Akhirnya hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kedua pasangan ini nampaknya begi...

Ketahui Punca Sebenar Punggung Dan Paha Wanita Besar!

Ramai wanita kini dibelenggu masalah punggung dan paha besar lebih-lebih lagi masalah ini dihadapi oleh golongan wanita yang telah berkahwin. Perkara ini pasti membuatkan mereka lebih merendah diri dan tidak berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang lain. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.
Punca Sebenar Punggung Dan Paha Wanita Besar

Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.

Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.

Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.

Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah kecewa kerana anda masih boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan senaman sesuai. Cuba senaman ini:
  • Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
  • Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
  • Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.

Akan tetapi senaman saja tak memadai untuk mengecilkan dua bahagian ini jika anda terus mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh itu kurangkan makanan sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha anda. Semoga berjaya!

Ramai wanita kini dibelenggu masalah punggung dan paha besar lebih-lebih lagi masalah ini dihadapi oleh golongan wanita yang telah berkahwi...

Hancur Hati Lelaki Ini Bila Anak Yang Dijaga Rupanya Hasil Hubungan Isteri Dengan Kekasih Gelap

Seringkali kita mendengar golongan suami yang berlaku curang terhadap pasangan tetapi kali ini berlainan pula apabila  isteri yang disayanginya menjalani hubungan sulit dengan lelaki lain. Malah apa yang lebih malang apabila anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama ni rupanya bukan dari darah daging sendiri. Sedih, geram, marah menyelubungi hati kami bila baca tentang kisah ni.


Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.

Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.

Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.

“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.
“Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.

"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” 

Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak.

Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.

Cerai kali kedua

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika.

Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.

“Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol,"

Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.

Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.

Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.

“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.
“Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” 

Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing.

Seringkali kita mendengar golongan suami yang berlaku curang terhadap pasangan tetapi kali ini berlainan pula apabila  isteri yang disayang...

Penjaga Gol Piala Presiden Perlis Maut Kemalangan

Penjaga Gol Piala Presiden Perlis Maut Kemalangan

Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, disahkan terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, di Kangar, semalam.    

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri, dikatakan mengelak sebuah lori padi yang diletakkan di bahu jalan.

"Semasa mengelak, penjaga gol itu merempuh kabel penambat tiang elektrik berdekatan lori tersebut menyebabkan kepalanya terpisah dari badan," katanya.    

Katanya mangsa dalam perjalanan dari rumah sewa beliau di Taman Kemajuan, Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasatan.

Bapa mangsa, Nasir Mat Arip, 47, berkata beliau dan ahli keluarganya berada di Penaga, Pulau Pinang dan telah bergegas ke Perlis sebaik diberitahu oleh anak perempuannya, Anis Maisara, 21, mengenai kemalangan itu.    ‎

"Saya tidak sangka dia pergi dulu dari saya. Baru Ahad lepas arwah telefon memberitahu dia akan beraksi bersama pasukan Perlis dalam Liga Perdana musim ini.    

"Hasrat saya melihat dia pergi lebih jauh dalam bola sepak negara tidak kesampaian. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT," kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu semasa ditemui di bilik mayat hospital berkenaan.

Menurutnya lagi Muhammad Saiful, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan dikenali sebagai 'Bob' oleh rakan-rakan sepasukannya, dijadualkan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai penjaga gol simpanan kedua esok.

Sementara Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang ditemui di luar bilik mayat HTF terkejut dengan kemalangan itu yang meragut nyawa Muhammad Saiful.    

"Saya sedih dengan pemergiannya. Saya terkilan tidak dapat melihat potensi arwah yang mempunyai bakat menjadi penjaga gol terbaik dengan ketinggian hampir 180 sentimeter," kata Dollah. 

Muhammad Saiful pernah bermain untuk Frenz United Bawah 15 tahun dan pasukan Piala Presiden Perlis selain mewakili pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) (Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar) dalam Liga KPM.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Falah, Behor Mempelam di Arau selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Afifi Osman berkata segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Saiful diuruskan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. 

Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, disahkan terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Tit...

Dato Vida Tetap Dengan Pendirian Warna Merah Jambu

Dato Vida menganggap jati diri pemain Kelantan tidak berubah meskipun pasukan itu bakal tampil dengan kelainan, apabila menggunakan jersi baharu berwarna merah jambu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dato Vida Tetap Dengan Pendirian Warna Merah Jambu

Menurut Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, mempertahankan tindakannya menukar warna tradisi bukanlah bertujuan untuk merosakkan identiti pasukan yang sinonim dengan gelaran Pahlawan Merah itu.

“Warna hanya terletak pada jersi sahaja dan percayalah, jati diri pasukan Kelantan tidak akan berubah. Yang berubah adalah warnanya, yang (perkara) lain kekal seperti sedia kala.

“Pemain yang berada di padang tetap akan berjuang atas nama Kelantan dan semua orang tahu pemain sentiasa bermain kerana semangat dan maruah negeri ini,” katanya kepada pemberita.

Pengasas Vida Beauty itu memberitahu, tidak ada salahnya pasukan Kelantan memakai jersi berwarna merah jambu kerana kelab terbaik dunia seperti Real Madrid juga menggunakan warna yang sama.  

Menurutnya, beliau percaya skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors akan tampil menjadi pasukan yang disegani untuk mencabar kejuaraan pada musim memandangkan warna merah jambu memiliki aura tersendiri.

“Orang mungkin cakap warna merah jambu ini lembut, tetapi kita kena ingat dalam lembut itu ada kekuatan tersembunyi. Itu yang saya cuba transformasikan untuk pasukan Kelantan pada musim ini,” katanya.

Dato Vida menganggap jati diri pemain Kelantan tidak berubah meskipun pasukan itu bakal tampil dengan kelainan, apabila menggunakan jersi b...

‘Saya terkedu ketika kutip cebisan daging berselerakan atas jalan’

Saya terkedu ketika kutip cebisan daging berselerakan atas jalan

SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, malam tadi.

Mnurut Jamalulail Md Alias, 52, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.

"Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian," katanya kepada pemberita.

Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.


"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa , kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya lagi, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan at...


Top