hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty dan aktor Shah Rukh Khan menunding jari antara satu sama lain selepas filem tersebut gagal meraih kutipan yang tinggi di India.

Sungguhpun mempunyai barisan pelakon dan rangka promosi yang hebat, Dilwale tidak mampu memberi impak yang cukup besar terhadap penonton selain gagal menyaingi kutipan filem Bajirao Mastani lakonan Ranveer Singh dan Deepika Padukone.


Menurut pihak Rohit Shetty, Shah Rukh Khan tidak menunjukkan sebarang usaha mempromosikan Dilwale seperti yang dilakukannya untuk Chennai Express sebelum ini.

Dalam pada masa yang sama, pihak King Khan, Red Chillies Entertainment mendakwa Rohit terlalu bergantung dengan rangka promosi yang dijalankan oleh mereka selain strategi pemasaran yang salah.

Terdahulu, pihak pengurusan King Khan mengakui kutipan Dilwale kurang memberangsangkan kerana golongan petani yang mahu memboikot Dilwale.  Gerakan tersebut muncul selepas menuduh aktor tersebut tidak menghulurkan bantuan sewaktu musim kemarau tiba.

Dilwale Gagal Box Office, Pengarah Salahkan Shah Rukh Khan

Walau bagaimanapun, Rohit Shetyy tampil menafikan dakwaan tersebut selain turut kecewa kerana dituduh menjadi punca utama Dilwale gagal di pawagam.

Sumber: India TV News, India Today

About Jobs Malaysia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top