hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

Berikutan video flashmob breastfeeding menjadi viral secara tiba-tiba pengacara dan model Dynas Mokhtar tampil memberi jawapan tentang perkara tersebut.

Dynas atau Edrinas Wan Mokhtar, 33, menerusi Instagram (IG)nya pada petang Isnin telah memberi penjelasan mengenai video yang sedang viral tersebut.

Menurut Dynas, flashmob tersebut berlangsung kira-kira empat tahun yang lalu di salah sebuah pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur.

 Dynas Mokhtar Kecewa Kenapa Baru Sekarang FlashMob Breastfeeding Jadi Isu

Tambahnya lagi, mereka mempunyai sebab tersendiri mengadakan flashmob tersebut.

“Kalau kita tengok video tu video lama masa tu my daughter 1 tahun setengah, 4 tahun lepas dan ketika itu bilik menyusu di shopping mall tak disediakan. Ada beberapa Ibu dihalau ketika cuba menyusukan anak mereka di surau.

“Jadi kami bersepakat untuk membuat flashmob untuk membuat program kesedaran kepada pihak atasan shopping mall supaya mereka menyediakan bilik khas untuk para Ibu menyusu. 

“Tetapi banyak yang berpandangan negatif tentang perkara ini dan why bring it up now ? But for me negativity is good sebab awareness on breastfeeding is there,” tulisnya ketika menjawab soalan salah seorang pengikut di IG.

Video tersebut yang telah menjadi viral di laman sosial, menjadi kutukan netizen yang tidak berpuas hati dengan cara penyusuan bayi di khalayak ramai. 

Rata-rata mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak bermaruah.

Dalam pada itu, Pencetus Ummah Rahmat turut berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut di akaun Facebook(FB)nya.

PU Rahmat menerusi tulisannya di FB memberitahu, haram muatnaik foto menyusukan anak walaupun tidak mendedahkan aurat.

About Jobs Malaysia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top