hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik

Pengarah Urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati Yuliana Buhari dilapor sedang mempertimbang untuk menaja sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Perkara itu didedahkan oleh rakan anak sulung jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya kepada pemberita pada Selasa.

Rita Sosilawati Bakal Taja Pasukan Liga Super

Sumber yang enggan mendedahkan identiti itu mendakwa, Erni Dekritawati atau Rita Sosilawati telah memberitahu rakan terdekat bahawa dia sedang mengintai dua pasukan untuk ditaja sekaligus dapat mempromosikan produk keluaran NV.

"Ketika kami bersembang beberapa hari lalu, Rita ada memberitahu untuk menaja pasukan daripada Liga Super. Dia sedang memilih satu daripada dua pasukan yang diminati. Urusan tajaan ini bukan perkara baru kerana ia merupakan permintaan suaminya sejak tahun lalu bagi mengembangkan perniagaan.

"Tetapi dia masih tidak mendedahkan pasukan yang akan ditaja, sama ada dari utara atau selatan, kami cuba bertanya tapi dia minta kami menunggu dahulu.

"Setakat yang saya dan rakan-rakan lain tahu, Rita memang minat menonton bola sepak tetapi sukar untuk tahu pasukan manakah yang diminatinya," 

Rita bakal tampil sebagai jutawan kosmetik kedua yang menaja pasukan daripada Liga Super selepas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman iaitu pemilik Vida Beauty Sdn Bhd jika hasratnya direalisasikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida bersetuju menyediakan dana sebanyak RM16 juta untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan syarat tertentu termasuk mengecat stadium berwarna merah jambu.

Rita sebelum ini merupakan penaja utama bagi program realiti, Akademi Fantasia 2015. Difahamkan jumlah tajaan Rita bagi program berkenaan mencecah RM3 juta.

Rita Sosilawati Bakal Taja Pasukan Liga Super

Pada masa sama, syarikat yang diterajui Rita telah pun mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan kemahiran golongan belia

About ohjobsmalaysia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:


Top